Wednesday 30 May 2012

nak taw cara mengambil hati kekasih kita?

kebanyakan lelaki mengambil ringan tentang perasaan perempuan. sebenarnya tidak! kita sebagai lelaki mestilah memainkan peranan dalam menjaga dan mengambil hati perempuan. dan bagi sang perempuan pula. anda seharusnya pandai memilih lelaki yang pandai menjaga dan mengambil hati anda. ini kerana untuk kebahagiaan anda sendiri. hal ini akan membuat hubungan antara sepasang kekasih antara lelaki dan perempuan lebih bahagia dan harmoni. selain itu pasangan kekasih ini juga akan lebih menyayangi anda.di sini saya akan lebih fokus kepada kaum adam iaitu kaum lelaki.

bagi kaum lelaki, anda seharusnya tahu bahawa kaum wanita lebih suka lelaki yang penyayang. anda seharusnya memberi kasih sayang kepada mereka. membuktikan kamu sayang pada perempuan bukan sahaja dengan memberi hadiah yang mahal-mahal dan berharga. anda juga boleh menunjukkan kasih sayang anda melalui tingkah laku anda. antaranya ialah dengan menjadi pendengar yang setia apabila si dia becerita dan meluahkan masalah kepada anda. sekiranya mereka mempunyai masalah, anda seharusnya  besedia menjadi pendengar setianya dan membantu si dia dalam pemasalahan tesebut.

selain itu, anda sebagai lelaki juga mestilah menepati janji yang telah anda janjikan pada si dia. contohnya seperti anda berjanji untuk berhenti merokok. saya pecaya kebanyakan perempuan tidak suka lelaki yang merokok. sekiranya anda berjaya menepati janji tersebut. saya percaya kekasih anda akan bertambah sayang pada anda dan si sia akan menjadi seorang yang paling setia dalam hidup anda. dengan ini, saya percaya si dia tidak akan ragu-ragu kepada anda dan mempercayai anda setiap masa.

bagi pasangan yang bercinta jarak jauh, gunakan sepenuhnya teknologi yang ada pada zaman ini. anda mestilah selalu menghantar mesej atau email. tanya soalan-soalan yang menunjukkan bahawa anda mengambil berat terhadap si dia seperti contoh( awak apa khabar? , sudah makan ke belum? , sudah sembahyang ke belum? ) anda jangan lah bertanyakan soalan seperti anda ingin menyiasat sidia. ini akan  membuat sidia merasa rimas dengan soalan anda lebih-lebih lagi sidia tengah kepenatan.

seterusnya, anda mestilah meng'iya'kan apa yang di katakan oleh mereka walaupun anda tahu si dia sedang menipu anda. mereka menipu anda bukan untuk menyakitkan hati anda, tetapi sidia ingin menjaga hati anda. anda tidak boleh memperbesar kan hal-hal kecil. bawalah sidia berbincang. dalam perbincangan tersebut anda mesti banyakkan mengalah. ini bukan untuk bagi muka kepada si dia. ini akan membuat si dia tidak akan mengulangi kesalahan kerana mungkin kesalahan tersebut tidak disengajakan oleh sidia.

sebagai seorang perempuan, mereka lebih suka di puji oleh lelaki. maka dengan ini, jangan malu untuk memuji si dia. antara pujian tersebut ialah( awak cantik la hari nie, awak pandai lah menggayakan tudung awak, awak comel kalau awak senyum ) dengan ini, hati si dia akan bebunga- bunga atas pujian tersebut. ingat! pujian tesebut mestilah ikhlas.

akhir sekali, perempuan akan mengalami perubahan mood apabila mengalami masalah wanita(anda sendiri faham kn masalah tesebut? ) oleh itu, apabila mereka mengalami perubahan mood tersebut kemungkinan besar mereka akan melepaskan kemarahan mereka. senang cakap meletup! sekiranya si dia meletup, anda sebagai lelaki jangan lah turut serta meletup. anda seharusnya bertenang dan cool. anda jangan lupa bahawa sebagai lelaki haruslah memiliki sifat kepimpinan . maka dengan itu, gunakan sifat kepimpinan tersebut. pujuk la sidia untuk bertenang dan buang lah rasa ego anda apabila sidia meletup.

anda sebagai lelaki mestilah mengikuti tips-tips d atas bagi mengambil hati mereka. ingat! dengan ini, meraka wanita akan SAYANG anda!

No comments:

Post a Comment


Flying Cute Pink Butterfly